Sunday, 24 March 2013
Kejayaan!
Alhamdullilah berkat usaha,doa dari family,kawan-kawan dan diri sendiri akhirnya berjaya lulus Professional Examination.Syukur perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah dipermudahkan.Semoga kejayaan ini tidak membuatkan aku lalai dan sombong di masa akan datang.Cuti berbaki seminggu dan hati mula rasa gementar untuk memasuki clinical year pada bulan April ini.Ya Allah permudahkan urusanku,berikan aku kefahaman,tabahkan hatiku untuk menghadapi ujianmu.Buat mereka yang tidak berjaya,jangan patah semangat,gagal sekarang bukan bermakna kita gagal selamanya.Selamat maju jaya.
Thursday, 22 November 2012
Gagal itu manis.
"Kenapa aku fail?kenapa bukan orang lain?aku dah study subjek itu bukan sekali tapi banyak kali.orang yang tak study pun boleh lulus,kenapa aku fail?kalau tahulah nak fail aku tiru je orang sebelah."
Hai guys,pernah rasa tak perasaan macam tu,perasaan bila tahu kita sorang je fail and kawan-kawan yang seangkatan dengan kita lulus dengan cemerlang nya.Maybe time tu kita akan rasa kita ni memang tak layak ambil bidang tu,kita lah paling tak pandai dan sometimes kita langsung tak boleh nak gambarkan perasaan sedih tu.
For those yang pernah gagal dalam hidup,jangan cepat down or sedih melampau-lampau sampai tak nak makan,tak nak keluar rumah ,or tak nak buat apa-apa langsung.Sedih biar berpada-pada.Kegagalan itu bukanlah penghalang kita untuk tidak berjaya tetapi kegagalan itu menjadi perangsang dan semangat baru untuk kita lebih berjaya.Kadang-kadang Allah cuma nak uji kerana Ujian itu rahsia Allah,Allah tahu segala apa di hati kita,kesusahan kita,kesedihan kita.Jangan cepat putus asa,usaha lagi,mungkin masa akan datang kita lebih berjaya dari sebelum-sebelumnya.
Peringatan untuk diri sendiri dan orang lain,jangan terlalu selesa jika tidak pernah gagal,ujian datang pada bila-bila masa sahaja,perlu bersedia dan jangan cepat putus asa jika pernah gagal.Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya,jadikan ia sebagai batu loncatan untuk berjaya.

Tuesday, 4 September 2012
kawan
Kawan masa senang memang ramai,kawan masa susah belum tentu seramai kawan masa senang.Hendak berkawan itu biarlah ikhlas,jangan sebab ada agenda lain baru kita nak berkawan dengan seseorang tu,selalunya kawan yang jenis macam tu susah nak kekal lama.Biarlah jadi flexible,dengan semua orang kita berkawan,perangai yang baik tu kita ikut tapi perangai yang buruk tu janganlah kita ikut sama,jadikan ia sempadan.Sempadan yang dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Kadang-kadang nak berkawan ni perlukan keserasian,kalau tak serasi tu yang asyik nak tertacing-tertacing even pasal benda yang remeh-temeh pun nak sentap .Keserasian tu datang secara naturalnya dan kita dapat rasa benda tu.Jangan jadikan kawan kita tu sebagai boneka,masa susah je sibuk-sibuk nak cari,masa senang dilupakan.Sekarang ni ramai kawan yang jenis macam ni and yang lebih teruk dari tu pun ada,Kawan yang jenis macam ni patut dibungkus di dalam guni dan dicampak didalam gua.Biar dia rasa hidup keseorangan tanpa kawan-kawan.Jenis yang hati lembut bak sutera tu ada kemungkinan la nak berubah setelah dipulaukan tapi yang jenis kepala batu,hati batu tu belum tentu berubah setelah dipulaukan dengan teruk sekali.Yang jenis ni kita patut sediakan keranda dan batu nisan ,hadiah berbulan madu didalam keranda kerana mempunyai perangai yang indah sekali. :)

Monday, 6 August 2012
Subscribe to:
Comments (Atom)