Kawan masa senang memang ramai,kawan masa susah belum tentu seramai kawan masa senang.Hendak berkawan itu biarlah ikhlas,jangan sebab ada agenda lain baru kita nak berkawan dengan seseorang tu,selalunya kawan yang jenis macam tu susah nak kekal lama.Biarlah jadi flexible,dengan semua orang kita berkawan,perangai yang baik tu kita ikut tapi perangai yang buruk tu janganlah kita ikut sama,jadikan ia sempadan.Sempadan yang dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.
Kadang-kadang nak berkawan ni perlukan keserasian,kalau tak serasi tu yang asyik nak tertacing-tertacing even pasal benda yang remeh-temeh pun nak sentap .Keserasian tu datang secara naturalnya dan kita dapat rasa benda tu.Jangan jadikan kawan kita tu sebagai boneka,masa susah je sibuk-sibuk nak cari,masa senang dilupakan.Sekarang ni ramai kawan yang jenis macam ni and yang lebih teruk dari tu pun ada,Kawan yang jenis macam ni patut dibungkus di dalam guni dan dicampak didalam gua.Biar dia rasa hidup keseorangan tanpa kawan-kawan.Jenis yang hati lembut bak sutera tu ada kemungkinan la nak berubah setelah dipulaukan tapi yang jenis kepala batu,hati batu tu belum tentu berubah setelah dipulaukan dengan teruk sekali.Yang jenis ni kita patut sediakan keranda dan batu nisan ,hadiah berbulan madu didalam keranda kerana mempunyai perangai yang indah sekali. :)