"Kenapa aku fail?kenapa bukan orang lain?aku dah study subjek itu bukan sekali tapi banyak kali.orang yang tak study pun boleh lulus,kenapa aku fail?kalau tahulah nak fail aku tiru je orang sebelah."
Hai guys,pernah rasa tak perasaan macam tu,perasaan bila tahu kita sorang je fail and kawan-kawan yang seangkatan dengan kita lulus dengan cemerlang nya.Maybe time tu kita akan rasa kita ni memang tak layak ambil bidang tu,kita lah paling tak pandai dan sometimes kita langsung tak boleh nak gambarkan perasaan sedih tu.
For those yang pernah gagal dalam hidup,jangan cepat down or sedih melampau-lampau sampai tak nak makan,tak nak keluar rumah ,or tak nak buat apa-apa langsung.Sedih biar berpada-pada.Kegagalan itu bukanlah penghalang kita untuk tidak berjaya tetapi kegagalan itu menjadi perangsang dan semangat baru untuk kita lebih berjaya.Kadang-kadang Allah cuma nak uji kerana Ujian itu rahsia Allah,Allah tahu segala apa di hati kita,kesusahan kita,kesedihan kita.Jangan cepat putus asa,usaha lagi,mungkin masa akan datang kita lebih berjaya dari sebelum-sebelumnya.
Peringatan untuk diri sendiri dan orang lain,jangan terlalu selesa jika tidak pernah gagal,ujian datang pada bila-bila masa sahaja,perlu bersedia dan jangan cepat putus asa jika pernah gagal.Gagal sekali bukan bermakna gagal selama-lamanya,jadikan ia sebagai batu loncatan untuk berjaya.